Wafat dan Makam

Syeikh Sulaiman Hilmi Tunahan (Silistrawi) KS menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Kısıklı, Istanbul, pada usia 72 tahun, selepas solat Maghrib pada hari Rabu, 16 September 1959 (13 Rabiulawal 1379 Hijriah).

Syeikh Sulaiman Hilmi Tunahan K.S merupakan salah seorang dari dersi’am di Madrasah Fatih, İstanbul. Oleh sebab itu, izin pun dikeluarkan bagi pemakaman beliau yang akan dilakukan di halaman Masjid Fatih. Akan tetapi, Namık Gedik yang pada waktu itu menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri memerintahkan polis untuk memakamkan beliau di Pemakaman Karacaahmet secara paksa. Kemudian di atas makam beliau dibangunkan sebuah kubah dengan tujuh tiang yang terbuat dari marmar, sampai hari ini makam beliau terus dikunjungi oleh orang-orang Islam dari seluruh pelusuk dunia untuk berziarah.

Semoga Allah SWT menetapkan syafa’at beliau kepada mereka yang mencintai beliau dan juga semua orang-orang Islam.