Sudut Batiniyyah

Syeikh Sulaiman Hilmi Efendi K.S dari segi amal bermazhab Hanafi sedangkan dari segi aqidah mengikuti Imam Maturidi R.H. Dan beliau merupakan seorang penganut Tariqat Naqsyibandiyyah. Beliau juga seorang yang gigih didalam memperjuangkan agama Islam dan berkefahaman Ahlis Sunnah wal Jama’ah. Beliau selalu memberikan nasihat kepada murid-muridnya, dan dalam ceramah-ceramah beliau selalu menyampaikan kepada masyarakat tentang anjuran untuk tetap memegang teguh kepada aqidah Ahlissunnah wal Jama’ah dengan penuh keikhlasan dan ketulusan. Dengan takdir Ilahi, Syeikh Sulaiman Hilmi Tunahan K.S diangkat menjadi Silsilah Sa’adat1 yang ke-33 yang merupakan mursyid terakhir pada Silsilah Sa’adat.

Beliau menyempurnakan suluknya(24) bersama Syeikh Salahuddin Ibnu Maulana Sirajuddin K.S yang merupakan Silsilah Sa’adat yang ke-32. Namun, disebabkan besarnya tajalli2 dan taraqqi3) yang dimiliki Syeikh Sulaiman Hilmi Tunahan K.S, Syeikh Salahuddin Ibnu Maulana Sirajuddin K.S menyerahkannya kepada Îmâm Rabbani Mujaddid Alfi Tsani Ahmad Faruki As-Sarhandi K.S.

Pada akhir zaman ini dengan himmahnya4 yang tinggi beliau telah berjasa kepada orang-orang yang ditakdirkan mendapat cahaya Ilahi dengan menyelamatkan mereka dari lubang kekufuran dan kesesatan kepada keimanan dan keikhlasan, dan keadaan ini masih lagi berterusan. Murid-murid dan yang mengikuti dakwah Syeikh Sulaiman Hilmi Tunahan K.S khususnya para pengajar disebut sebagai “Süleymancı”, penyebutan ini merupakan satu perkara yang tidak berdasar. Tidak ada sebuah agama, mazhab, atau pun tarikat yang disebut Süleymancılık.

Syeikh Sulaiman Hilmi Tunahan K.S yang merupakan salah satu ulama’ besar Islam yang selalu melawan berbagai jenis kekufuran dengan melakukan khidmah melalui pendidikan ilmu serta tindakkan dakwah. Beliau juga mempertahankan kefahaman Ahlissunnah wal Jama’ah dan memerangi aliran-aliran sesat, bahkan beliau berjuang melawan fitnah-fitnah yang terjadi di antara umat Islam dengan berkata “Wahai umat Islam! Adakah kamu semua menyangka bahwa kamu semua boleh memfitnah dan mendustakan para sahabat Rasulullah SAW sedangkan kami iaitu pengikut Ahlisunnah Wal Jama’ah masih hidup?”