SALMAN AL-FARISI RA

Salman Al-Farisi RA merupakan silsilah sa’adat yang kedua dan salah seorang daripada sahabat yang terkenal. Dia telah memperolehi darjat yang tinggi dengan kemuliaan sohbet (ceramah) Rasulullah SAW yang dihadirinya. Salman Al-Farisi RA memiliki hubungan yang rapat , khususnya dengan Saidina Abu Bakar Ash-Shiddiq RA.
Salman RA asalnya adalah orang Iran dan dilahirkan di perkampungan Jayyan yang terdapat di kota Isfahan. Ketika dia masih muda dia menganuti agama Majusi kemudian dia berkenalan dengan seorang paderi dan memeluk agama Kristien. Dipendekkan cerita, dia datang ke Madinah lalu memeluk agama Islam dan menjadi salah seorang daripada Ahli Bait. Nama asalnya adalah Ma’bah dan selepas dia memeluk agama Islam Rasulullah SAW memberikan nama “Salman” kepadanya dan menjadikannya saudara kepada Abu Darda RA.

Kata2 Mutiara Salman Al-Farisi RA

“Ada tiga perkara yang membuatku ketawa dan tiga perkara lain yang membuatku menangis:

Aku ketawa kerana tiga perkara; 1.Orang yang mengejar dunia sedangkan kematian mengejarnya. 2.Orang ghafil (pemalas) yang akan dihisab pada hari kiamat. 3.Orang yang Ketawa terbahak-bahak sedangkan dia tidak mengetahui adakah Rabbnya murka kepadanya atau meredhainya.

Aku juga menangis kerana tiga perkara; 1.Berpisah dengan Rasulullah SAW dan para sahabat. 2.Ketakutan ketika aku dibangkitkan dari kubur. 3.Menunggu di hadapan Ilahi tanpa mengetahui adakah aku akan masuk ke dalam syurga atau neraka.”

Wafat dan Makam Syarif

Salman Al-Farisi RA merupakan salah satu sahabat yang dikurniakan dengan umur yang panjang. Pada zaman pemerintahan Saidina Utsman bin Affan RA, beliau jatuh sakit, dan beliau wafat ketika umur beliau mencecah 250 tahun pada tahun 33 Hijriah (654 Masihi).

Beliau meninggal dunia di Madain

Pada zaman pemerintahan Kerajaan Turki Uthmani, makam syarif (mulia) Salman Al-farisi RA telah dibaik pulih oleh Sultan Murad Han ke-4 kerana begitu banyak jasa yang beliau telah sumbangkan untuk agama Islam. Seiring dengan peredaran zaman, daerah yang berhampiran dengan makam beliau telah dinamai dengan nama Selman-ı Pak (yang berarti Salman yang bersih dan suci).

Makam syarif Salman Al-Farisi RA terletak di kota Madain yang berada berhampiran dengan kota Baghdad, Irak. Dan disebelah makam syarif tersebut terdapat makam salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang lain yang bernama Huzaifah ibnu Yaman RA.