SYEIKH MUHAMMAD SAIFUDDIN ARIF KS

Syeikh Muhammad Saifuddin Arif KS yang merupakan silsilah sa’adat ke-25 adalah putra dari Syeikh Muhammad Maksum KS. Lakabnya adalah Al-Faruqi kerana beliau merupakan keturunan Sayidina Umar RA. beliau lahir pada tahun 1055 H (1645 M) di kota Sirhind.

Wafat Dan Makamnya

Syeikh Muhammad Saifuddin Arif KS yang menjalani hidupnya dengan menghidupkan sunah Rasulullah SAW dan menumpas berbagai jenis bid’ah, wafat pada tahun 1095 H (1685 M). Makamnya terdapat di sempadan India, di daerah Sirhind yang masih berada di bawah naungan kota Punjab berhampiran dengan makam ayahnya, Muhammad Maksum KS.