SYEIKH MUHAMMAD MAKSUM KS

Syeikh Muhammad Maksum KS adalah silsilah sa’adat yang ke-24. Selain itu beliau juga merupakan putra ke-3 Imam Rabbani KS. Beliaulah yang meneruskan tugas kemursyidan setelah Imam Rabbani KS wafat.

Syeikh Muhammad Maksum KS yang memiliki lakab “Majduddin” terkenal dengan nama Urwatul Wutsqa. Beliau lahir pada tanggal 11 Syawal 1007 H (1598 M) di daerah Mulki Haydar yang jaraknya sekitar 3 km dari kota Shirhind. Ayahnya, Imam Rabbani KS telah memberitahukan bahawa putranya, Muhammad Maksum KS yang akan lahir adalah anak yang diberkati dan memiliki kemuliaan. Imam Rabbani KS mengatakan bahawa tiga bulan setelah kelahiran Syeikh Muhammad Maksum KS, anaknya tersebut bertemu dan mendapatkan kemuliaan dari Syeikh Muhammad Baqi Billah KS, dengan perantara pertemuan inilah beliau mendapatkan berbagai jenis ilmu dan makrifat.

Wafat Dan Makam Syarif

Semasa hidup, suatu hari ketika mengajar kitab hadis Misykatul Mashabih, Syeikh Muhammad Maksum KS merasai sakit pada kakinya hingga menyebar ke seluruh tubuhnya. Beliau bersabar dengan kesakitan yang dideritanya dengan tetap bersemangat dalam ibadah. Beliau mengirimkan surat kepada seluruh ahli ibadah dan zikir di kota Shirhind, isi surat tersebut berbunyi, “Seorang yang fakir, Muhammad Maksum akan pergi dari dunia. Tolong kalian doakan dia agar dapat pergi dengan membawa iman pada akhir hayatnya.”

Syeikh Muhammad Maksum KS wafat pada tanggal 9 Rabiul Awal 1079 H (1668 M) pada waktu zohor di kota Sirhind. Ketika proses pengebumian terjadi, hujan turun sangat lebat seakan-akan langit menangis melihat kepergiannya. Makamnya berdekatan dengan makam Imam Rabbani KS, ayahnya. Terdapat seorang raja di Kerajaan Babur (Mughal) yang merupakan murid beliau, raja tersebut bernama Aurangzeb Alamgir. Dia membina sebuah bangunan berbentuk kubah di atas makam beliau. Makam ketiga anak beliau pun berada berhampiran dengan makamnya. Sekarang ini makam syarifnya berada di Sirhind yang termasuk ke dalam kota Punjab sempadan India. Adapun yang meneruskan tugas kemursyidannya adalah anaknya yang ke-5, iaitu Syeikh Saifuddin Arif KS