Syeikh Muhammad Al-Khawajaki Amkangi KS merupakan silsilah saadat ke-21 juga seorang putra kepada syeikh Darwisy Muhammad KS. Nama sebenarnya adalah Abdul Baqi. Beliau lahir pada tahun 918 H (1512 M) . Gelaran “Amkangi” dinisbatkan kepadanya kerana selama kehidupannya, Beliau tinggal dan menetap di kota kecil di Samarkand yang bernama Amkang.
Wafat dan Makam Syarif
Syeikh Muhammad Al-Khawajaki Amkangi KS wafat dan dimakamkan di kampong Amkang pada tahun 1010 H (1602 M) dalam usia sekitar 90 tahun . Saat ini makam syarifnya berada di kampong Sariyosiyo yang masih berada di dalam kota Kitab di wilayah Qashqadaryo, Uzbekitan.