Syeikh Sayyid Amir Al-Kilal KS yang merupakan silsilah sa’adat ke-14 lahir di sebuah kampung yang bernama Suhar di Bukhara. Tarikh kelahirannya tidak diketahui secara pasti. Disebabkan Syeikh Sayyid Amir Al-Kilal KS adalah seorang tukang kendi dalam memenuhi keperluan harian, beliau digelar sebagai “kilal” yang diambil daripada bahasa Parsi yang bermaksud “tukang kendi”. Beliau adalah seorang Sayyid dan memiliki nasab sampai kepada Rasulullah SAW. Ayahnya bernama Amir Hamzah.
Penjelasan Ibunya
“Ketika itu dia berada di dalam kandungan, dan setiap kali aku makan makanan yang shubhah, perut aku akan merasa sakit yang teramat sangat. Keadaan ini berulang beberapa kali sehiggalah aku faham bahawa penyebab bagi rasa sakit ini adalah bayi mulia yang aku kandung ini. Selepas itu, aku mula berhati-hati dengan setiap makanan yang aku makan sambil aku menunggu kelahiran bayi tersebut dengan penuh harapan.”
Wafat dan Makam Syarif
Syeikh Sayyid Amir Kilal KS wafat dan dikuburkan di kampung kelahirannya, Suhar, pada hari Rabu, 8 Jamadil Awwal 772 H (1370 M). Sekarang makam syarifnya terdapat di kampung Bahauddin di Bukhara.