SYEIKH MUHAMMAD BAHAUDDIN AN-NAQSYIBAND KS

Sheikh Syah Naqsyband KS bermazhab Hanafi, Para Syeikh (Kuddisa sirruhum) dalam silsila saadat, bermula dari Syeikh Mahmud Injir Al-Faghnawi KS sampai kepada Syeikh Syed Amir Al-KIlal KS melakukan penggabungan antara zikir Khafi (zikir yang tersembunyi) dengan zikir Jahri (zikir yang zahir). Mereka melakukan kedua cara zikir tersebut . Maka dengan itu, silsilah ini mereka diberikan nama “Alaniyyum”

Setelah Syeikh Syah Naqsyband KS mendapatkan ijazah secara kerohanian oleh Syeikh Abdul Haliq Ghujduwani KS , dengan kebenaran dan arahannya beliau meninggalkan secara keseluruhan cara berzikir “ Alaniyyah” dan memberikan sepenuhnya focus kepada zikir Khafi.

Zikir khafi dapat meninggalkan kesan yang besar dalam hati para murid. Perumpamaan ini seperti tanda pada Naqsy, zikir juga merupakan tanda (naqsy) penghubung yang menguatkan (band). Ini kerana dirinya berada dalam setiap murid dan tinggal di dalam nya seolah-olah dirinya tidak dapat keluar , dengan demikian beliau diberi nama “Naqsyband”

Dalam riwayat yang lain dijelaskan bahawa ayahnda nya Syeikh Syah Naqsyband KS adalah seorang Naqqasy (Tukang Penyulam) . Beliau sendiri sejak kecilnya sudah menuntut ilmu pekerjaan ini dari ayahnya sendiri. Namun , ketika beliau terdengar satu suara ghaib yang mengatakan “Engkau tidak diciptakan dan diperintahkan dengan hal yang sebegini,” Syeikh Syah Naqsyband KS mendapatkan ilham dan segera meninggalkan pekerjaan naqsy yang zahir kemudian memberikan focus sepenuhnya kepada naqsy yang hakiki. Dengan demikian , beliau disebut “Naqsyiband”. Gelaran tersebut diberikan kepadanya kerana terlahir nya rasa mahabbah terhadap Allah SWT pada hati murid-muridnya.

Antara orang yang masuk dan pengikut Syeikh Syah Naqsyiband KS disebut Naqsyibandi. Kata jama’ dari Naqsyabandiyah . Tarikat ini juga disebut Tarikat Naqsyabandiyah.

Syeikh Amir Kilal KS berada di hadapan seluruh muridnya dan berkata kepada Syeikh Syah Naqsyband seperti ini,

“Puteraku Bahauddin, aku telah melakukan segala perintah yang diberikan oleh Syeikh Muhammad Baba As-Samasi yang berkenaan dengan kau. Beliau berkata kepadaku, “Sepertimana aku mendidikmu, maka didiklah puteraku sebagaimana aku mendidikmu dan jangan sekali-kali ada hal yang kurang” aku melaksanakannya sama seperti yang beliau katakan”. Kemudian beliau menunjuk bahagian dadanya seraya berkata , “Aku sanggup mengeringkan air susuku untukmu” .

Kata Mutiara Syeikh Bahauddin Naqsyiban KS

Dalam sebuah hadis , Rasulullah SAW bersabda, “Walaupun dalam keadaan menyendiri, hendaklah kalian tidak melakukan sesuatu yang tidak ingin diketahui oleh orang lain darimu.” Syeikh Naqsyiband KS menjelaskan hadis tersebut “Penempuh jalan kebenaran harus memandang ke tempat yang kosong dan sepi sebagai sebuat tempat yang penuh dengan keramaian. Sebagaimana dia melakukan suatu hal pada keadaan orang ramai , dalam keadaan menyendiri juga dia harus melakukan hal yang sama.”

“Jalan dakwah kita adalah sebuah jalan dakwah yang jarang ditemukan dan juga merupakan halaqah yang kukuh. Jalan dakwah ini tidak lain hanyalah jalan dakwah hakiki yang benar-benar memegang erat sunnah Rasulullah SAW dan jalan dakwah yang mengikuti jalan para sahabat.”

“Apabila kita melihat aib keburukan sahabat-sahabat kita , nescaya kita akan hidup tanpa sahabat. Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat menghilangkan sifat-sifat manusiawinya (berupa kesalahan dan keburukan)”

Wafat dan Makam Syarif

Syeikh Alaudiin Al-Aththar KS berkata ,”Sebelum Syeik Naqsyiband KS menghembuskan nafas terakhirnya, aku duduk disamping nya sambl membaca surah Yasin. Ketika aku membaca sehingga pada pertengahan surah Yasin , terlihat sebuah cahaya dari tubuhnya. Lantas aku mengajarkannya talkin. Setelah aku menalkinkan beliau , beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.”

Hadratusy Syeikh Naqsyiband KS meninggal dunia dan dimakamkan di kampong kelahirannya yang bernama Qasr-I Hinduvan pada Hari Isnin tanggal 3 Rabiul Awwal 791 H (1389M). Beliau wafat pada usianya berumur 73 tahun. Kini makamnya terdapat di Kampung Bahauddin , Bukhara.