Syeikh Hafiz Abu Sa’id Shahib KS merupakan silsilah sa’adat yang ke-29. Beliau lahir pada tanggal 02 Zulkaedah 1196 H (1782 M) di kota Mustafaabad. Kota Mustafaabad ini juga termasuk wilayah Rampur, India. Nasab beliau sampai kepada Imam Rabbani KS. Nama ayah beliau adalah Syeikh Safiyyul Qadir.
Wafat dan Makam Syarif
Syeikh Hafiz Abu Sa’id Shahib KS memulakan perjalanan dari Madinah Al-Munawwarah untuk kembali ke tempat tinggal beliau dengan membawa kemenangan yang besar dan nur Ilahi. Ketika beliau sampai ke kota Lucknow, penyakit yang dideritai oleh beliau menjadi semakin parah. Pada Hari Raya Aidil Fitri tahun 1250 H (1835 M) Syeikh Hafiz Abu Sa’id Shahib KS mengalami sakaratul maut. Beliau berwasiat kepada putra beliau, Syeikh Abdul Ghani yang menemani beliau ketika dalam perjalanan dengan pesanan agar mengikuti sunah Rasulullah SAW dan menjahauhi dari ahli dunia. Beliau berkata, “Jika engkau mengetuk pintu rumah ahli dunia, nescaya engkau akan menjadi hina.”
Syeikh Hafiz Abu Sa’id Shahib KS bertanya kepada Maulana Habibullah, “Sekarang waktu solat apa?” Maulana Habibullah seraya menjawab, “Sekarang adalah waktu yang mubah, Anda boleh solat sekarang.” Pada malam itu, Syeikh Abu Sa’id KS menghabiskan seluruh waktu malamnya untuk melaksanakan solat. Setelah solat Zohor, beliau berhajat untuk dibacakan surah Yasin. Beliau mendengar bacaan surat Yasin tersebut sebanyak tiga kali. Beliau berkata, “Cukup, tinggal sedikit lagi.” Lalu, beliau membaca dua kalimah syahadat. Maka, pada Hari Raya Aidil Fitri tahun 1250 H (1835 M) di antara waktu Zohor dan Asar beliau menghembuskan nafas terkahir beliau. Maulana Habibullah dan beberapa anggota kafilah yang lain memandikan jenazah Syeikh Abu Sa’id KS. Setelah itu, jenazah beliau dikafankan dan Qadi Khalilurrahman mengimami solat jenazah beliau. Dikeranakan jenazah beliau dimakamkan di Delhi dan tempoh untuk sampai ke sana memakan masa selama 40 hari, maka jenazah beliau dimasukkan ke dalam peti mati. Ketika sampai di Delhi, jenazah beliau dikeluarkan dari peti mati dan orang-orang yang berada di sekeliling jenazah beliau terkejut dengan Jemaah beliau yang kelihatan seperti baru dimandikan dan tidak ada yang berubah sedikitpun. Kapas-kapas yang diletakkan di bawah jenazah beliau juga masih berbau sangat wangi.
Makam Syarifnya berada di Delhi, disamping makam gurunya Syeikh Abdullah Dahlawi KS. Tarikh wafatnya dapat diketahui berdasarkan susunan abjad yang tersirat dari bait berikut “Yunawwirullahu Mazjaʻahu.”