SYEIKH ALI AR-RAMITINI KS

Syeikh Ali Ramitini KS merupakan silsilah sa’adat yang ke-12.Beliau lahir di daerah Ramitin di sekitar Bukhara.Azizan adalah gelaran yang diberikan kepadanya.Disebabkan kepakarannya dalam menenun, Syeikh Ali Ramitini KS selalu dipanggil oleh Syeikh Nessac (penenun).Selepas mempelajari ilmu agama, Syeikh Ali Ramitini KS berintisab kepada Syeikh Mahmud Injir Faghnawi KS. Ketika Syeikh Mahmud Injir Faghnawi KS wafat, beliau menyerahkan tugas keirsyadannya (tablighnya) kepada Syeikh Ali Ramatini KS yang diikuti dengan pembaiatan oleh murid-murid yang lain.

Kata2 Mutiara Syeikh Ali Ar-Ramitini KS

“Untuk seorang mudrid itu mencapai darjat yang tinggi, ada satu cara yang lebih mudah daripada bermujahadah dan berriyadhah.Cara ini lebih cepat didalam mencapai tujuan yang diinginkan. Cara itu adalah dengan berkhidmah dan menunjukkan akhlak yang baik kepada ustadznya agar dapat mengambil hati ustadznya. Sesungguhnya hati jemaah yang besar (thaifah aliyyah) adalah tempat yang dilihat oleh Allah SWT.Dan sesungguhnya Allah SWT melihat segala sesuatu yang berada di dalam hati mereka.”

“Seseorang itu wajib beramal dan dalam keadaan dia beramal perlulah dia percaya bahawa setiap amal yang dia kerjakan itu tidak sempurna dan kurang.Lalu, perlulah dia mula kembali untuk beramal.”

“Jagalah diri kamu semua pada dua waktu. Pertama, pada waktu kamu semua berkata-kata, dan yang kedua, pada waktu kamu semua makan.”

Wafat dan Makam Syarif

Syeikh Azizan wafat pada bulan Dzulqa’idah tahun 721 H (1312 M) ketika usia beliau mencecah 130 tahun.Makam syarifnya sekarang terdapat di sebuah kampung yang bernama Decha di daerah Ramitan, Bukhara. Di samping makam syarifnya terdapat sebuah tongkat general(tuğ).