SYEIKH ALAUDDIN AL-ATHTHAR KS

Syeikh Alauddin Al-Aththar KS yang merupakan silsilah saadat yang ke-16 memiliki nama asal Muhammad Bin Muhammad Al-Bukhari. Beliau berasal dari Khawarezmia. Ayahnya Hadratusy Syeikh Muhammad memiliki 3 orang putera. Yang pertama Syeikh Syahabuddin, yang kedua Syeikh Mubarak dan yang ketiga , Syeikh Alauddin . Setelah ayahnya meninggal dunia, beliau menyerahkan seluruh bahagian warisnya kepada saudara-saudaranya. Kemudian , Beliau pergi untuk menuntut ilmu ke Bukhara dan sekaligus dapat menguasai dengan baik seluruh ilmu-ilmu yang ada.

Kata Mutiara Syeikh ‘Alauddin KS

“Aku menjamin bagi siapa yang masuk ke jalan ini dengan melakukan taklid akan merasa dan bakal menemukan kebenaran suatu hari nanti. Guruku, Bahauddin Bukhari memerintahkan kepada ku untuk bertaklid pada nya. Maka aku pun bertaklid padanya. Aku bertaklid padanya dalam segala hal. Setelah beberapa lama kemudian, aku melihat bekas dan hasilnya”

Syeikh Syah Naqsyiband KS selalu berkata, “Ibadah terbahagi menjadi sepuluh bahagian . Sembilan dari sepuluh bahagian tersebut adalah menuntut segala sesuatu yang halal.” Sementara itu , Syeikh ‘Alauddin Al-Aththar KS berkata, “Pada masa kini sesuatu yang paling dekat dengan Kesucian (halal) setelah jual beli adalah bercucuk tanam (Pertanian dan Perkebunan).”

“Mendengar ceramah dari wali Allah secara terus menerus adalah asbab dan sebab bertambahnya akal ma’ad.”

Wafat dan Makam Syarif

15 hari sebelum beliau menderita sakit, Syeikh ‘Alauddin Al-Aththar KS membahaskan hal berkenaan perjalanan ke akhirat dan kehidupan dunia seraya berkata, “Aku memilih jalan menuju ke akhirat , dan aku tidak akan kembali lagi.” Pada hari Rabu tanggal 2 Rejab 802 H (1400M) beliau sakit . Kesakitan yang dideritai oleh beliau adalah sakit kepala dan pinggang yang amat parah.

Ketika keadaan nya tenat , beliau sering mengatakan ini , “Hal Min Mazid, Hal Min Mazid (Apakah masih ada tambahan lagi?)” Kemudian , beliau melakukan komunikasi dengan gurunya (Syeikh Syah Naqsyband KS) secara rohani.

Syeikh ‘Alauddin Al-Aththar KS meninggal dunia setelah solat isya’ pada hari Khamis tanggal 20 Rejab 802 H (1400 M) . Kini makam nya berada di kota Denav yang sekarang ini masih berada di dalam wilayah Surxondaryo, Uzbekistan.