Silsilah sa’adat yang ke-5 adalah Abu Yazid Tayfur Al-Busthami KS. Nama asalnya adalah Tayfur, kuniahnya Abu Yazid, lakabnya Sultanul Arifin, dan nama ayahnya adalah Isa. Beliau lahir pada tahun 188 H (803 M) di kota Bustham di daerah Laut Hazar (Laut Kaspia) bahagian utara Iran. Beliau memiliki 4 orang adik beradik yang bernama Adam, Ali, ‘Abid, dan Zahid.
Abu Yazid Al-Busthami KS adalah saudara tiri mereka. Imam Ja’far Shadiq RA memberikan pendidikan maknawiah (batiniah) kepadanya.
Kata Mutiara Abu Yazid Al-Busthami KS
“Orang-orang yang dekat dan sampai kepada Rabbnya adalah orang-orang yang taat kepada-Nya, sedangkan orang-orang yang terusir dari sisi Rabbnya adalah orang-orang yang meninggalkan ketaatan kepada-Nya.”
Seseorang datang dan berkata kepada Abu Yazid KS, “Ajarkanlah kepada aku perkara yang mampu menyelamatkan aku di dunia dan akhirat” Beliau menjawab, “Pelajarilah dua perkara ini dengan baik. Kalau engkau belajarnya dengan baik,engkau tidak akan memerlukan apapun lagi. 1. Allah SWT mengetahuimu. 2.Dia melihatmu dan semua yang kau lakukan.”
“Adalah lebih baik bagiku kalau dikatakan;‘Kenapa engkau tidak melakukan perkara ini?’ daripada dikatakan ‘Mengapa kamu melakukan perkara ini?’”
Wafat dan Makam Syarif
Abu Yazid Al-Busthami KS wafat pada tahun 261 H (874 M) atau 264 H (877 M). Ada beberapa riwayat yang berbeza mengenai di mana terletaknya makam Abu Yazid KS, tetapi yang paling masyhur adalah di kota Bustham.
Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa makamnya terdapat di Kırıkhan,Hatay;Turki.