SYEIKH ABU ALI AL-FARMADI KS

Abu Ali Al-Farmadi KS yang merupakan silsilah sa’adat yang ke-7 dan berasal dari daerah Farmad yang terletak di kota Tus, Iran. Nama asalnya adalah Fadhl bin Muhammad. Beliau lahir pada tahun 407 H (1016 M).

Ganjaran Khidmah

Pada suatu hari gurunya yang bernama Abu Al-Qasim Al-Qusyairi KS masuk ke ‘Hammam’ (tempat mandi). Kemudian Abu Ali Al-Farmadi KS membawakan beberapa baldi air panas untuk diisikan didalam kolah yang terdapat di dalam Hammam tanpa pengetahuan gurunya. Apabila ustadznya selesai mandi dan menunaikan solat, ustadznya bertanya“Siapakah yang mengisi kolah mandi tadi dengan air panas” Abu Ali Al-Farmadi KS tidak menjawab kerana dia tertanya-tanya di dalam hatinya“Adakah aku telah melakukan perkara yang kurang sopan?” Ketika gurunya bertanya untuk kali yang ketiga, akhirnya dia menjawab, “Wahai ustadzku, sayalah yang membawanya.” Ustadznya pun berkata, “Wahai Abu Ali, sesungguhnya engkau telah memperolehi apa yang tidak dapat aku perolehi sepanjang 70 tahun ini hanya dengan sebaldi air panas.”

Wafat dan Makam Syarif

Abu ‘Ali Al-Farmadi KS wafat pada bulan Rabiul Awwal 477 H (1084 M) ketika usianya mencecah 70 tahun. Makamnya terdapat di kota Tus, Iran.