Kronoloji
Sejarah (Miladi / Rumi)
1888 Syeikh Sulaiman Hilmi Efendi K.S lahir di perkampungan Ferhatlar, di Hezargrad, Silistra.
1902 Beliau menamatkan sekolah rendah dan menengahnya di Silistra. Kemudian melanjutkan pengajiannya di Madrasah Satırlı.
1907 Untuk melanjutkan pengajiannya beliau pergi ke İstanbul.
1913 Mendapat ijazah dengan peringkat terbaik dari Ahmad Hamdi Efendi yang berasal dari Bafra.
1914 Beliau memulakan pendidikannya di Madrasah Darül Hilafetil-Aliyye bermula dari peringkat ketiga setelah beliau berjaya melepasi peringkat pertama dan kedua melalui jalur ujian.
1916 Beliau mendaftarkan diri di jurusan Tafsir-Hadist pada Madrasatul Mütehassısin di Madrasah Suleymaniye.
1918 Beliau mendapat jawatan sebagai İstanbul Müderrisliği Ruûsu .
1919 Beliau lulus dari jurusan Tafsir-Hadist dari Madrasah Suleymaniye, lalu, mengikuti ujian masuk ke Fakulti Kehakiman Islam Madrasatul Kuzat .
1923 Beliau lulus Fakulti Kehakiman Islam Madrasatul Kuzat.
1926 Beliau mengunjungi kampung kelahirannya Ferhatlar untuk terakhir kalinya dan tinggal di sana selama 40 hari.
1927 Ayahnya Osman Efendi meninggal dunia.
1936 Mencapai darjat Mursyid Al-Kamil dan mula berdakwah.
1939 Beliau pertama kali ditangkap oleh polis dan ditahan di sebuah jel yang hanya seukuran badannya selama 3 hari.
1944 Ditangkap lagi untuk kali yang kedua dan ditahan di sebuah jel yang hanya seukuran badannya selama 8 hari.
1949 Undang-undang perizinan mendirikan kursus Al-Qur`an secara terbatas dikeluarkan.
1951 Syeikh Sulaiman Hilmi Efendi K.S pindah dari Şehzadebaşι ke Kısıklı dan memulakan kegiatan kursus Al-Quran untuk pertama kalinya di sebuah villa tua di daerah Çamlıca, Üsküdar.
1952 Secara rasmi kursus Al-Qur’an untuk pertama kalinya dibuka di bawah pengawasan Kemuftian Üsküdar yang terletak di sebelah tempat beruzlah Aziz Mahmud Hüdayı KS.
1956 Beliau dipanggil ke balai polis dan disoal siasat atas pernyataannya dalam sebuah ceramah beliau yang berbunyi, “Mari kita berdoa bagi para saudara muslim” yang ditujukan kepada orang-orang Islam di Aljazair yang sedang memperjuangkan kemerdekaannya dari penjajahan Prancis.
1957 Atas kes yang terjadi di bandar Bursa tentang pengakuan datangnya seorang Mahdi, beliau ditangkap dan dipenjara pada usia 69 tahun di Pusat Balai Polis Kütahya selama 59 hari. Namun dibebaskan disebabkan kekurangan bukti.
1959 Pada hari Rabu 16 September (12 Rabiul Awwal 1379 Hijriah) beliau menghembuskan nafas terakhirya di kediamannya di Kısıklı, Istanbul pada usia 72 tahun.