Karya-karya

Walaupun Syeikh Sulaiman Hilmi Tunahan K.S adalah seorang ulama besar Islam yang lahir pada zaman akhir khalifah Turki Utsmani, beliau tidak banyak menulis dan mengarang kitab. Ketika ditanyakan, “Kenapa ustadz tidak menulis kitab?”, beliau menjawab, “Aku melihat banyak karya-karya ulama’ salaf yang ditulis di bawah sinar lilin, bagaikan harta karun yang tidak ternilai harganya. Banyak karya-karya mereka yang terkubur membusuk di bawah tanah, dijual di kedai-kedai, dan dibuang ke tempat sampah. Ada juga beberapa dari karya mereka yang terlihat sudah berdebu dan mula rosak yang dibiarkan begitu saja di rak-rak buku perpustakaan. Daripada menulis sebuah kitab pada masa ketika madrasah-madrasah ditutup dan tulisannya diubah dan ilmu-ilmu agama Islam hampir hilang, lebih baik saya mendidik kitab yang bernyawa, iaitu murid-murid yang akan memahami dan mengajarkan ilmu dari karya-karya yang tertulis dan mereka akan menghidupkan ilmu-ilmu tersebut.”

Di bawah ini merupakan beberapa karya yang ditulis Syeikh Sulaiman Hilmi Efendi K.S:

Dua karya terakhir ini merupakan kitab yang berhubungan dengan tasawwuf dan boleh dikatakan sebagai ikhtisar Maktubat Syarifah Imam Rabbani KS.