SYEIKH SALAHUDDIN IBNU MAULANA SIRAJUDDIN KS

Syeikh Salahuddin ibnu Maulana Sirajuddin KS yang merupakan silsilah sa’adat ke-32. Beliau berasal dari kota Osh, Kirgizstan. Beliau dikenali dengan nama Salahuddin Sakib kerana kemampuan beliau dalam bersyair. Di dalam dunia syair, para penyair dikenal dengan “Sakib”. Ayah beliau bernama Syeikh Maulana Sirajuddin (wafat 1296 H/1879 M) bin Syeikh Hal Muhammad Osi (wafat 1271 H/1854-55 M) bin Syeikh Nazar Huwaidah Cimyani yang masyhur dengan “Penyair Mutawassif” (wafat 1195 H/1781 M) bin Gaib Nazar bin Er Nazar bin Tulek Muhammad Sufi bin Syeikh Il yang dikenali dengan nama Kul Sulaiman.

Syeikh Salahuddin ibnu Maulana Sirajuddin KS lahir di Osh pada tahun 1838. Beliau sering menggunakan nama Oshlu (orang Osh) pada karya-karyanya.

Wafat dan Makam Syarif

Setelah Syeikh Salahuddin ibnu Maulana Sirajuddin KS kembali dari Hijaz, tidak lama kemudian beliau wafat pada tahun 1328 H/1910 M. Makam syarif beliau berada di daerah Suark di wilayah Osh, yang merupakan salah satu bandar di Kirgizstan, tepatnya berada di atas bukit di pemakaman keluarga Sermezar. Di atas makam beliau terdapat kubah, pada masa komunis tahun 1940 kubah tersebut sempat dihancurkan, tetapi tidak lama setelah itu kembali dibina.

Tahun wafatnya Syeikh Salahuddin ibnu Maulana Sirajuddin KS ditulis dengan bahasa Persia, “Mesken ü me’vâyi mâyân şüd behişt.” (Tempat kita, rumah kita adalah syurga).

Selain itu, penyair terkenal dari negara Kokand, Syeikh Muhyi Efendi berkata, “Wasil Haq Jannatul Ma’ab Saqib.” (Sakib telah sampai kepada Allah SWT, tempatnya adalah syurga) Hal tersebut adalah untuk menunjukkan tahun wafat beliau. Penunjuk tahun wafat beliau ditulis seperti berikut,

“Biling târîh-i Şeyh Sâkib “be-mağfûr.” (Ketahuilah bahawa tahun wafat Syeikh Sakib adalah kalimat “be magfur”)