Hadratusy Syeikh Muhammad Zahid Badakhsyi KS yang merupakan silsilah saadat yang ke-19 adalah cucu kepada Syeikh Ya’kub Al-Jarkhi KS, iaitu anak dari puterinya. Syeikh Muhammad Zahid Badakhsyi KS lahir di kampong yang bernama Wahsyiwar (nama lainnya Wahsyi) yang berada di dalam wilayah Hisar (kini dikenali sebagai Surhanderya) di Uzbekistan.
Wafat dan Makam Syarif
Syeikh Muhammad Zahid Badakhsyi KS wafat dan dikebumikan di kampong Wahsyiwar pada tahun 936 H (1529 M). Kini makam nya berada di kampong Hocasaat yang masih berada di daerah Boysun di wilayah Surhanderya.