SYEIKH MUHAMMAD MAZHAR ISYAN JAN JANAANI KS

Syeikh Muhammad Mazhar Isyan Jan Janaani KS merupakan silsilah sa’adat yang ke-31. Beliau merupakan putra Syeikh Ahmad Sa’id yang paling kecil. Beliau lahir pada tanggal 3 Jumadil Awwal 1248 H (1832 M) di kota Delhi. Datuk beliau yang bernama Syeikh Abu Sa’id KS memberi nama “Mazhar Muhammad” yang diambil dari kata “Mazahiri Muhammad” yang merupakan isyarat tarikh lahir serta orang yang termasuk “Muhammadiyyul Masyrab”.

Kata Mutiara Syeikh Muhammad Mazhar KS

“Asas dari Hayatun Thayyibah adalah menjadikan diri berserah kepada Allah SWT dalam semua pekerjaan, mempercayai bahawa setiap keadaan boleh berubah dengan takdir Allah SWT, tidak mengatakan “Untuk apa? atau bagaimana?” pada setiap kejadian yang terjadi, tidak melakukan pertentangan, menguatkan iman dan hati (keyakinan) dengan berfikir tentang nikmat-nikmat yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya, mengingat kebesaran dan kekayaan Allah SWT dengan berzikir, dan memutuskan harapan serta keinginan terhadap hawa nafsu dan seluruh makhluk, setelah itu meletakkan harapan hanya pada Allah SWT.”

“Murid adalah seseorang yang meninggalkan segala sesuatu yang tidak berhubung dengan Allah SWT dengan tujuan mengharapkan redha Allah SWT serta dapat berjumpa dengan Allah SWT dalam penuh ketaatan terhadap ketentuan dan hukum-hukum Allah SWT. Hal ini diumpamakan seperti mayat yang sedang dimandikan.”

Wafat Dan Makam Syarif

Syeikh Muhammad Mazhar Isyan Jan Janaani KS wafat pada tanggal 12 Muharam 1301 H (1883 M) disebabkan penyakit yang makin parah di perut beliau. Setelah selesai solat jenazah yang turut dihadiri ramai orang pada pagi hari beliau wafat, beliau dimakamkan berdekatan dengan makam ayahnya, Syaikh Ahmad Said KS di Jannatul Baqi.