Syeikh Muhammad Baba As-Samasi KS merupakan silsilah sa’adat yang ke 13. Beliau lahir di sebuah kampung yang bernama Samas yang terletak di antara Ramitin dan Bukhara. Tarikh kelahirannya tidak dapat diketahui secara pasti.
Dengan mempelajari ilmu di dalam bidang ilmu aqli dan nakli, Syeikh Muhammad Baba Samasi KS telah menjadi seorang ulama’ besar. Kemudian, beliau berintisab kepada Syeikh Ali Ramitini KS dengan mengikuti halakah-halakah dan ceramah-ceramahnya. Menjelang kematiannya, Syeikh Ali Ramitini KS memilih Syeikh Muhammad Baba Samasi KS sebagai khalifah dan memberikan amanah kemursyidan kepadanya. Syeikh Ali Ramitini KS memerintahkan murid-murid dan pengikut-pengikutnya agar berbai’at kepadanya.
Wafat dan Makam Syarif
Syeikh Muhammad Baba As-Samasi KS wafat dan dimakamkan di Samas pada tahun 755 H (1354 M). Makam syarifnya sekarang terdapat di kampung Decha di daerah Ramitan, Bukhara.