Syeikh Ubaidullah Al-Ahrar KS merupakan silsilah sa’adat ke-18. Ayahnya bernama Syeikh Muhammad dan Atuknya bernama Syeikh Syihabuddin . Nama asal beliau adalah Nasiruddin Ubaidullah Al-Ahrar Syasyi As-Samarqandi. Syeikh Ubaidullah Al-Ahrar KS lahir di sebuah kampong bernama Bagistan di kota Tashkent pada bulan Ramadhan tahun 806 H (1404 M). Sambungan nasab salasilah nya sampai kepada Abdullah bin Umar bin Khattab RA dengan melalui salasilah atuk dari belah ibunya, Syeikh Umar Bagistan KS wasilah 16 keturunan dari keturunan orang yang mulia.
Kata Mutiara Syeikh Ubaidullah Al-Ahrar KS
“Kemuliaan seseorang diketahui dari seseorang itu , jika seseorang itu dapat memahami betapa besar nya kelompok ini, (ulama-ulama Naqsyibandiyah).”
“Bud-I suri (jauhnya jarak secara zahir) tidak akan menghalangi kurb-I maneviye (pendekatan batin atau rohani) bagi ahli rabitah.”
“Jika sesorang itu mempelajari suatu amal dari orang lain yang kamil dan mukammil (mursyidi kamil) lalu terus menerus melakukan amal mengamalkan nya tanpa meninggalkannya, nescaya dia akan mencapai darajat maknawiyah yang tinggi dengan wasilah ini.”
“Kebanyakan manusia berfikir untuk mencapai kesempurnaan dengan mengatakan “Ana Al-hak (aku adalah benar)” akan tetapi ,kata yang tepat untuk mencapai kesempurnaan tersebut adalah dengan memadamkan perkataan “Ana (aku)” dan tidak perlu menggunakannya.”
Wafat dan Makam Syarif
Syeikh Ubaidullah Al-Ahrar KS wafat pada akhir buan Rabiul Awwal 895 H (1490 M) di Kemankeran. Beliau meninggal pada usia 89 tahun dan sebelum beliau meninggal dunia beliau menderita sakit selama 89 hari
Ketika mendengar khabar bahawa sakit yang dideritai oleh Syeikh Ubaidullah Al-Ahrar KS bertambah parah, Sultan Ahmad Mirza segera bergegas melakukan perjalanan dalam rangka menemui Syeikh Ubaidullah Al-Ahrar KS untuk kali yang terakhir bersama orang-orang penting kerajaan pada hari Jumaat pagi. Mereka tiba di Kemankeran pada waktu Maghrib. Malamnya Syeikh Ubaidullah Al-Ahrar KS wafat dan keesokan harinya jasad Hadratusy Syeikh Ubaidullah Al-Ahrar KS di bawa ke Samarkand. Setelah dimandikan dan dikafankan, jenazahnya disolatkan lalu dikebumikan di daerah Kafsyir. Kini makam syarifnya berada di Samarkand.